KUALA LUMPUR: Pengeluar produk madu jenama Madoo Bee, Madoo Bee Marketing Sdn Bhd mahu melahirkan lebih ramai usahawan muda di negara ini selain meletakkan sasaran dapat memasarkan 150,000 unit produk pada tahun ini.
Pengasas bersama, Nik Afiq Muhaimin Sarmidi berkata, impian itu mampu direalisasikan memandangkan syarikat kini memiliki 10 stokis termasuk dari Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.
"Kami menyasarkan untuk memiliki lebih ramai stokis dan ejen di seluruh negara bagi membuka peluang bisnes kepada mereka yang berminat.
“Bagi melahirkan usahawan berjaya, kami akan memberi bimbingan kepada mereka termasuk cara memasarkan produk secara dalam talian.
"Kami berharap dapat berkongsi rezeki dengan orang ramai dalam usaha mengubah nasib hidup bagi menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Selain Nik Afiq, Madoo Bee diasaskan oleh dua lagi sahabatnya iaitu Muhammad Kamal Azmi Mohd Rasdin dan Ahmad Najib Ismail.
Idea menghasilkan produk berasaskan madu lebah tercetus sejak September tahun lalu selepas mereka bertekad untuk membantu orang ramai menjadi usahawan.
Mengulas lanjut, Nik Afiq memberitahu, Madoo Bee dihasilkan dengan kombinasi tiga bahan utama antaranya madu lebah, bawang putih dan lemon.
Katanya, penggunaan madu lebah berikutan ramai masyarakat yang menggemari makanan itu tidak kira dari usia kanak-kanak sehingga golongan dewasa.
"Kami menggunakan lebah biasa kerana ia bekalannya mudah diperolehi berbanding madu lebah tualang atau kelulut. Namun, madu lebah ini juga mempunyai khasiatnya tersendiri di samping dicampur bersama bawang putih dan lemon.
"Lebih menarik apabila bungkusannya kecil dan mudah dibawa serta dimakan," katanya.
Mereka yang berminat menjadi usaha produk, mereka boleh mendaftarkan diri di boleh melayari semua platform Madoo Bee atau hubungi talian 013-745 6716.
Sementara itu, syarikat juga telah membuka premis Madoo Bee pertama di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
Astro Awani
Wed Mar 22 2023
Madoo Bee Marketing Sdn Bhd mahu melahirkan lebih ramai usahawan muda di negara ini. - Foto Madoo Bee
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Madoo Bee sasar pemasaran 150,000 unit, lahir lebih ramai usahawan muda tahun ini
Pengeluar produk madu jenama Madoo Bee, Madoo Bee Marketing Sdn Bhd mahu melahirkan lebih ramai usahawan di negara ini selain meletakkan sasaran dapat memasarkan 150,000 unit produk pada tahun ini.